TERLALU CINTA

Zaim memerhati sisa kopi di dalam cawannya, menanti kalau-kalau ada lagi bunyian yang mungkin ditangkap telinganya. Ini sudah malam kedua Zaim berjaga setelah dia selalu saja mendengar bisikan dari seorang perempuan ketika dia sedang tidur.

Dia tidak kisah jika itu cuma satu malam sahaja. Tetapi sudah hampir seminggu Zaim mendengar suara perempuan tersebut. Dia yakin itu bukan mimpi. Tak mungkin dia memperoleh mimpi yang sama sepanjang satu minggu!

Sudah dua hari dia memaksa dirinya untuk tidak tidur. Tetapi malam itu matanya terlalu berat, dan terlelap seketika. Tiba-tiba telinganya disapa satu suara. Suara yang sama dan mengatakan hal yang sama.

"Aku takkan pergi. Aku akan sentiasa di sisi"

Zaim terjaga. Dahinya dibasahi titik-titik peluh. Jam baru menunjukkan pukul 10:15 malam. Tangannya tiba-tiba menggeletar. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor yang tak pernah didailnya sebelum ini.

"Hello. Saya..Err.. Ada pembunuhan.. ada orang mati"
"Boleh saya tahu nama encik?"
"Zaim. Tolong saya. Saya tak nak kehilangan dia. Saya terlalu sayangkan dia. Kami bergaduh. Saya tak sengaja! Dia.. dia ada bawah katil saya..


Saya bunuh dia minggu lepas"



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.