2015

Time flies.
So are we.

Aku menyerahkan semuanya kepada Tuhan. :)

26 Disember

Takziah paling dalam untuk hari ini. Atas tsunami yang membadai Aceh pada sepuluh tahun yang lalu. Juga tragedi banjir di beberapa negeri di sini.

Atas semuanya, kemanusiaan terus melonjak menghuni takhta pertama.
Dan percayalah, tetap tak akan ada yang lebih mulia daripada itu.

BERUBAH





Semuanya menjadi pernah. Used to. Segala kebahagiaan juga bertukar. Mungkin ini cara Tuhan berkasar; dengan cara yang paling lembut dan aneh.

Hidup bukanlah ketentuan sendiri. Kadang kita terpaksa melepaskan untuk kebahagiaan orang lain, walau masa akhirnya menyaksikan kita sendiri.

Di hujungnya, mungkin yang ada untuk bermenung di tepi tasik itu cuma kita dan Tuhan. Menyaksikan hidup yang perlahan tenggelam di tengah-tengahnya.

Kita tanyakan Tuhan, "kenapa begini?"
Dan Tuhan menjawab, "kenapa tidak?"


MATI YANG MEMBAHAGIAKAN

Thoughts and assumptions can kill.

Betul.

Tapi kadang-kadang, cuma itu yang kita ada. Sebab bila kita penat mencari kepastian yang akhirnya tak mampu dipegang, seluruh perasaan akan menumpu pada kemungkinan.

Sekalipun kemungkinan itu membunuh. Dan seluruh alam akan melihat kita mati di dalamnya. Namun, cuma kita yang memahami kebahagiaan itu.

Dan buat pertama kalinya, kita merasa hidup.



BUKAN HIGHWAY

Betullah. Seperti Mazlan dan juga Nora, kita dikembalikan setelah jauh mencari perkara yang sebenarnya ada di depan mata.

Seolah-olah seperti mencari perkara lain sebagai contoh kepada keajaiban, padahal yang kita perlu hanyalah melihat diri sendiri.

Dan aku harap dia menerima ketidakmahuanku itu. Sebagaimana yang dikatakan sang pesuruhnya. Sebagaimana yang mereka ujar dan janjikan dalam coretan. Aku menunggu itu.

Aku sentiasa menunggu itu. Dan untuk Mazlan, aku mungkin bukan Nora, mungkin juga bukan siapa-siapa. Tetapi mungkin engkau.


Mungkin engkau.

TERLALU CINTA

Zaim memerhati sisa kopi di dalam cawannya, menanti kalau-kalau ada lagi bunyian yang mungkin ditangkap telinganya. Ini sudah malam kedua Zaim berjaga setelah dia selalu saja mendengar bisikan dari seorang perempuan ketika dia sedang tidur.

Dia tidak kisah jika itu cuma satu malam sahaja. Tetapi sudah hampir seminggu Zaim mendengar suara perempuan tersebut. Dia yakin itu bukan mimpi. Tak mungkin dia memperoleh mimpi yang sama sepanjang satu minggu!

Sudah dua hari dia memaksa dirinya untuk tidak tidur. Tetapi malam itu matanya terlalu berat, dan terlelap seketika. Tiba-tiba telinganya disapa satu suara. Suara yang sama dan mengatakan hal yang sama.

"Aku takkan pergi. Aku akan sentiasa di sisi"

Zaim terjaga. Dahinya dibasahi titik-titik peluh. Jam baru menunjukkan pukul 10:15 malam. Tangannya tiba-tiba menggeletar. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor yang tak pernah didailnya sebelum ini.

"Hello. Saya..Err.. Ada pembunuhan.. ada orang mati"
"Boleh saya tahu nama encik?"
"Zaim. Tolong saya. Saya tak nak kehilangan dia. Saya terlalu sayangkan dia. Kami bergaduh. Saya tak sengaja! Dia.. dia ada bawah katil saya..


Saya bunuh dia minggu lepas"